Komunikasi

Posted on September 9, 2008

5


QAMARUL ARIFIN BIN ABDULLAH

 

 

PENDAHULUAN

APA ITU KOMUNIKASI

Terdapat pelbagai tafsiran dan andaian mengenai definisi dan interpretasi kepada aktiviti komunikasi. Secara ringkasnya, komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melalui pemahaman yang sama di antara dua atau lebih pihak yang terlibat. Berdasarkan definisi ringkas tersebut, dapatlah dirangkumkan bahawa komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.

Manusia berkomunikasi untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa tubuh, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting dan ia boleh dibahagikan kepada komunikasi interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain akan tetapi, komunikasi hanya akan efektif apabila maklumat dan idea yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan dan difahami seperti mana yang ingin disampaikan oleh penyampai maklumat oleh penerima maklumat tersebut.

Menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.

KOMPONEN KOMUNIKASI

Komponen komunikasi merupakan perkara asas dan penting bagi memastikan proses dan aktiviti komunikasi berlangsung dengan berkesan. Komponen-komponen tersebut antara lain sebagai berikut.

  • Pengirim / penyampai maklumat (sender) adalah pihak yang menyampaikan maklumat dan idea kepada orang lain.
  • Penerima maklumat (receiver) adalah pihak yang menerimamaklumat dan idea dari pihak lain.
  • Maklumat atau idea (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak kepada pihak lain.
  • Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan maklumat yang disampaikannya.

PROSES KOMUNIKASI

Secara ringkas, proses komunikasi dapat digambarkan seperti berikut.

1 Penyampai maklumat yang berkomunikasi dengan orang lain menyampaikan suatu maklumat kepada orang yang dimaksudkan. Maklumat yang disampaikan itu biasanya disampaikan dalam bentuk bahasa ataupun simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

2 Maklumat (Message) itu disampaikan atau dibawa melalui suatu media atau saluran baik secara langsung maupun tidak langsung. Penerima (receiver) akan menerima maklumat yang disampaikan dan menerjemahkan isi maklumat yang diterimanya itu ke dalam bahasa yang difahami oleh kedua pihak.

3. Penerima (receiver) perlu memberikan tindak balas (feedback) atau tanggapan atas maklumat yang dikirimkan kepadanya, bagi memastikan sama ada proses penyampaian maklumat itu berkesan atau tidak.

Satu Model Ringkas Proses Komunikasi

Mewujudkan Idea

 
  Mewujudkan Idea

Apakah yang ingin disampaikan ?

Membuat Enkod

Membuat Enkod Menukarkan idea atau apa yang ingin disampaikan

ke dalam bentuk perkataan, carta atau simbol yang sesuai

Menyampaikan mesej

 
  Menyampaikan mesej

Memilih saluran mesej.

 

Menerima

 
  Menerima

Penerima akan menerima mesej yang disampaikan.

 

Dekod

Dekod

Penerima cuba memahami mesej.

Pemahaman hanya dalam minda penerima.

 

Penerimaan

 
  Penerimaan

Penerima bertindak balas menerima atau menolak mesej yang disampaikan.

 

Menggunakan

 
  Menggunakan

Penerima menggunakan apa yang disampaikan melalui mesej seperti yang difahaminya.

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Maklum balas ini boleh diberi oleh penerima mesej dalam bentuk lisan, tulisan atau tindakan.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Kemahiran komunikasi merupakan satu aktiviti yang sangat penting kerana komunikasi adalah kehidupan yang diperlukan oleh manusia dari saat dilahirkan hinggalah di saat kematian yang bertujuan untuk menyedarkan orang lain tentang kewujudan kita. Menurut Harrel seseorang yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berkomunikasi mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya dalam kerjayanya berbanding mereka yang tidak menguasai ilmu komunikasi.

Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), kemahiran menyuarakan pendapat mempunyai tahap kepentingan yang tinggi tetapi kita perlu memahami apakah maksud komunikasi, kepentingan, langkah dan teknik-teknik yang membolehkan kita menguasai komunikasi dengan cemerlang. Hal ini berlaku kerana komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan maklumat kepada orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia.

Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional Intelligence kecerdasan sahaja tidak mampu untuk menjamin kejayaan seseorang itu dalam hidup kerana kecerdasan itu perlulah disertai dengan kemantapan emosi (Emotional Quotient ) atas rasional keupayaan individu dalam mengawal emosinya dan emosi orang lain merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi.

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan berlaku dalam proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan.

MODEL KOMUNIKASI

Sepertimana yang telah diketahui dan difahami terdapat enam unsur utama yang memainkan peranan penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, maklumat atau mesej, saluran, penerima maklumat, maklum balas terhadap maklumat yang disampaikan dan juga gangguan terhadap maklumat yang disampaikan. Komunikasi yang berjaya dan berkesan dapat dilakukan apabila maklumat yang disampaikan oleh sumber dan penerimaan maklumat oleh penerima berjaya difahami sepertimana yang diinginkan oleh penyampai tanpa mengambil kira medium apa yang digunakan untuk memastikan maklumat dan idea itu berjaya disampaikan. Sekiranya tahap kefahaman yang tinggi diperoleh daripada proses komunikasi maka model yang digunakan akan membantu para pengamal untuk mengaplikasikannya.

Model secara sederhana membawa maksud gambaran yang dirancang untuk mewakili kenyataan. Menurut kenyataan Runyon, (1977:57) model didefinisikan sebagai “a replica of the phenomena it attempts to explain.” Manakala Burch Dan Strater (1974:117) pula menggambarkan model sebagai “ a verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a precise manner.” Fisher (1978:64) “ an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or properties or components of that phenomenon that is being modeled.”

Model Komunikasi membawa maksud gambaran yang sederhana dari proses komunikasi yang memperlihatkan kaitan antara satu komponen komunikasi dengan komponen lainnya. Sarjana komunikasi berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka penting dalam memperihalkan unsur yang terlibat dalam sesuatu fenomenologi atau hubungan sebab dan akibat (causal relationship ). Dalam erti kata yang lain, model adalah satu gambaran teoritas dan satu struktur yang terdiri daripada simbol dan peraturan yang sepatutnya yang akan memadankan dengan satu struktur atau proses yang wujud.

FUNGSI MODEL

Pengaplikasian dan pengeksploitasian terhadap penggunaan model komunikasi merupakan langkah yang efektif kerana model-model komunikasi yang wujud mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses dan aktiviti komunikasi yang berlaku. Antara fungsi kewujudan model komunikasi ini termasuklah menjadi medium perantara yang mempermudah kefahaman terhadap sumbangan elemen-elemen dalam sesebuah proses komunikasi.

Selain itu model komunikasi juga merupakan satu medium perantara yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam memberi pengertian dan kefahaman terhadap proses komunikasi yang berlaku sama ada proses komunikasi itu berlaku secara sehala seperti model komunikasi Lasswell, Shannon, Weaver dan Berlo mahupun dua hala.

Model komunikasi yang wujud juga berperanan sebagai panduan kepada proses penyelidikan dan kajian dalam komunikasi disamping menjadi medium yang terbaik dalam memerihalkan sumbangan elemen-elemen penting yang wujud dalam mempengaruhi dan menentukan keberkesanan sesuatu proses mahupun aktiviti komunikasi yang berlaku.

MODEL SCHRAMM

Wilbur Schraumn memberikan model proses komunikasi yang mempunyai perbezaan dengan dua model komunikasi sebelumnya. Melalui model ini beliau memperlihatkan tentang peri pentingnya peranan pengalaman dalam memastikan sesuatu proses komunikasi itu berjaya dilakukan dengan berkesan. Menurut beliau persamaan lapangan dan pengalaman yang wujud dalam diri penghantar atau penerima maklumat seperti pengalaman lepas, tahap pengetahuan, persekitaran dan situasi semasa akan membentuk rangsangan kepada proses komunikasi yang berkesan. Bidang pengalaman inilah yang akan menentukan sama ada maklumat atau pesanan yang dikirimkan oleh penyampai ditreima oleh penerima maklumat sama dan sesuai atau tidak dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh penyampai maklumat.

Menurut beliau disebabkan setiap orang mempunyai lapangan pengalaman tersendiri, maka jika tidak ada persamaan dalam bidang pengalaman, bahasa yang sama, latar belakang yang sama, kebudayaan yang sama maka terdapat kemungkinan maklumat yang diterima oleh penerima maklumat tidak dapat diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh si penyampai dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa persamaan lapangan pengalaman menjadi agen yang akan memberi rangsangan kepada proses komunikasi dalam menentukan sama ada interaksi itu berkesan atau sebaliknya.

 

ISYARAT

Lapangan Pengalaman

SUMBER / enkod

 
   

 

Dekoder / Destinasi

 

 

 
   

 

Lapangan Pengalaman

Rajah : Model Schramm – Lapangan Pengalaman yang satu arah

( Ruben, 1988 )

Contoh situasi 1 :

Seorang Pensyarah sedang menggambarkan bagaimana proses membuat keputusan dalam organisasi kepada pelajar-pelajarnya yang mengikut kursus Komunikasi Pengurusan. Gambaran bagi pelajarnya yang pernah mempunyai pengalaman bekerja mungkin membayangkan keadaan masyuarat yang pernah mereka hadapi. Berkemungkinan pengalaman yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah itu berbeza dan berlainan. Situasi ini akan menyebabkan pelajar bersifat pasif dan ianya hanya memberi kesan kepada kelancaran komunikasi antara pelajar dengan penyarah berkenaan

Contoh situasi 2 :

Dua orang pelajar sedang berinteraksi mengenai pengalaman mereka semasa bersekolah. Mereka menceritakan bagaimana pengalaman mereka dimarahi oleh guru ketika berkhemah di kawasan hutan. Kedua-dua pelajar ini dapat berinteraksi dengan berkesan kerana mereka mempunyai pengalaman yang sama ketika berhadapan dengan situasi lepas

Berdasarkan kepada dua model Schramm terdahulu, beliau memperkenalkan unsur maklum balas dan penglibatan peranan antara dua manusia dalam proses komunikasi. Mengikut Schramm, tidak semestinya setiap usaha komunikasi bermula dengan seorang sumber menghantar mesej kepada sesuatu destinasi lain tetapi penerima juga bertindak sebagai sumber apabila memberi tindak balas atau maklum balas kepada sumber permulaan yang telah disampaikan kepada mereka.

Lantaran menyedari kepentingan maklum balas dalam memastikan sama ada proses komunikasi itu berkesan atau tidak maka Schramm telah menyempurnakan model komunikasi ini menjadi model dua arah. Maklum balas daripada penerima penting kerana ia akan menceritakan kepada kita bagaimana pesanan atau maklumat yang disampaikan oleh penyampai diinterpretasikan oleh mereka yang menerima maklumat tersebut. Apabila penerima telah menerima maklumat dan mesej yang disampaikan dan memberi maklum balas terhadap apa yang telah diterima maka secara tidak langsung si penerima itu akan mengambil alih peranan si penyampai maklumat sehingga proses komunikasi yang berlaku bukan lagi komunikasi satu arah tetapi merupakan proses komunikasi yang berbentuk kitaran dan lingkaran. Hal ini berlaku kerana , setiap individu yang terlibat dalam sesuatu aktiviti komunikasi itu boleh dipandang sebagai penyampai atau penerima maklumat. Proses komunikasi yang berlaku ini boleh dikatakan berkesan apabila wujudnya persamaan lapangan rujukan atau persamaan dalam proses penafsiran makna ( enkod dan dekod isyarat yang diterima). Gambar rajah di bawah ini akan menunjukkan bagaimana Model Schramm dikatakan sebagai model komunikasi dua hala.

DEKODER

PENAFSIRAN

ENKODER

DEKODER PENAFSIRAN ENKODER

 

MESEJ

MESEJ

 

MESEJ

MESEJ<!–[if mso & !supportInlineShapes & supportFields]> SHAPE \* MERGEFORMAT <![endif]–>

ENKODER

PENAFSIRAN

DEKODER

<!–[if mso & !supportInlineShapes & supportFields]> <![endif]–>

Model Schramm ( Penafsiran Makna) yang berbentuk Sirkuler

PENGGUNAAN MODEL SCHRAMM (LAPANGAN PENGALAMAN) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagi memastikan maklumat atau ilmu yang ingin disampaikan kepada para pelajar berjaya diterima dengan berkesan, maka guru-guru hendaklah memikirkan tentang beberapa aspek penting yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan pengalaman atau ilmu yang telah dimiliki oleh pelajar antaranya termasuklah pengalaman lepas, ilmu yang dimiliki, tahap penguasaan bahasa, perkembangan umur, latar belakang pelajar dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana, Model Komunikasi Schramm memberi penekanan penting terhadap peranan pengalaman dalam proses komunikasi yang dilakukan kerana pengalaman yang berbeza di antara penyampai maklumat iaitu guru dan penerima maklumat iaitu pelajar berbeza dan mengganggu proses interpretasi maklumat yang diterima. Perbezaan ini secara tidak langsung menyebabkan maklumat yang cuba disampaikan oleh penyampai maklumat itu gagal diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh guru.

Bahasa merupakan salah satu daripada entiti penting yang mempunyai pengaruh yang cukup tinggi dalam memastikan sama ada proses komunikasi itu berkesan ataupun tidak. Hal ini bertepatan dengan pendapat dan kenyataan Barton (1994) yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa lisan mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut buku Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Dr Roselan Baki ) pelajar mempunyai tahap penguasaan bahasa yang berbeza mengikut peringkat umur masing-masing termasuklah perbendaharaan kata dan kemahiran dalam melakukan interaksi lisan. Memandangkan guru merupakan pihak yang mempunyai keupayaan mengajar yang tinggi maka mereka cuba untuk menyampaikan maklumat dan ilmu dengan cepat dan menyeluruh. Namun disebabkan wujudnya perbezaan yang ketara dalam penguasaan kemahiran lisan dan berbahasa dalam kalangan pelajar mengikut umur mereka maka kecekapan berbahasa perlu dipraktikkan oleh guru. Dalam erti kata yang lain, guru haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar sesuai dengan keupayaan yang mereka miliki. Contohnya, dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar darjah 3, guru-guru haruslah menggunakan bahasa yang ringan dan mudah difahami bukannya menggunakan bahasa atau perkataan yang terlalu tinggi dan bombastik kerana penggunaan bahasa yang tinggi tidak difahami oleh pelajar itu memandangkan pengalaman dan penguasaan berbahasa mereka masih rendah.

Selain aspek penggunaan bahasa, guru-guru juga perlulah memberi perhatian khusus terhadap pemilihan bahan pengajaran yang akan dijadikan sumber pembelajaran pelajar. Hal ini berlaku kerana maklumat yang cuba disampaikan kepada para pelajar perlulah sesuai dengan tahap perkembangan psikologi dan minda mereka. Sebagai contoh, pelaja-pelajar yang berada dalam jurusan sastera dan kemanusiaan adalah bereza dengan pelajar-pelajar yang berada dalam jurusan sains mahupun kejuruteraan. Justeru, formula-formula dan istilah sains gagal untuk dinterpretasikan dengan tepat oleh pelajar sastera kerana mereka tidak mempunyai pengalaman terhadap penggunaan formula dan istilah tersebut dalam mempraktikkan ilmu sastera. Lantaran menyedari bahawa terdapatnya perbezaan yang ketara dalam pengalaman ilmu yang dimiliki maka bahan pengajaran yang digunakan perlulah bersesuaian dengan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Maka, secara tuntasnya bahan pengajaran yang memberi fokus terhadap sastera dan kesenian juga tidak dapat difahami oleh pelajar yang mengambil jurusan sains mahupun kejuruteraan kerana mereka berada dalam kelompok yang berbeza dari segi keilmuan dan juga bidang. Sekiranya perkara sebegini berlaku maka komunikasi yang berlaku adalah tidak berkesan kerana akan wujud kemungkinan para pelajar tidak dapat melakukan proses interpretasi maklumat seperti mana yang diinginkan oleh penyampai.

Aspek seterusnya yang menjadi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut model Schramm ialah perkembangan umur pelajar itu. Hal ini turut menjadi satu faktor penting dalam komunikasi kerana ia akan mempengaruhi tahap pemahaman pelajar terhadap apa yang cuba disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah rendah yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang politik, pemerintahan dan sebagainya maka guru-guru perlulah berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada mereka. Boleh dikatakan pelajar-pelajar di peringkat rendah tidak mempunyai pengalaman dan ilmu dalam bidang politik dan pemerintahan Negara yang kompleks. Maka maklumat yang berbentuk pemerintahan tidak sesuai untuk disampaikan kepada mereka kerana proses pemahaman dan penaakulan minda mereka terhadap maklumat yang disampaikan akan mengalami percanggahan dengan apa yang cuba disampaikan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dan tidak dapat menggambarkan bagaimana sebenarnya perkara itu beroperasi dan berlangsung. Kondisi ini merupaka situasi yang akan menyebabkan maklumat yang cuba disampaikan kepada mereka tidak dapat diinterpretasikan seperti mana yang ingin digambarkan oleh penyampai. Lantaran itu, kerajaan telah memperkenalkan Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mengawal dan menjadi panduan terhadap guru dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Latar belakang pelajar juga perlu diambil kira dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjaya dilakukan dengan berkesan. Keadaan ini merupakan situasi penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh guru yang mengajar bagi mempermudah aktiviti pengajaran dalam keadaan yang lebih baik dan cemerlang. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang lahir dalam kondisi dan kelompok masyarakat di kampung dan pedalaman lebih mudah memahami maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka sekiranya maklumat itu mempunyai pertalian dan perikatan yang hampir dengan kehidupan dan budaya mereka di kampung seperti ilmu berkaitan ladang, kebun, hutan dan sebagainya kerana unsur-unsur tersebut berkait rapat dengan pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang membesar di kawasan tersebut sebaliknya jika guru-guru tidak memberi perhatian terhadap latar belakng pelajar tersebut dan cuba untuk menyampaikan maklumat berkaitan keadaan hidup di bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan kesesakan dan kehidupan metropolitan maka akan wujud masalah yang cukup besar dalam membantu pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ini untuk menggambarkan bagaimana sebenarnya keadaan yang cuba disampaikan oleh guru kerana mereka tidak mempunyai pengalaman tersebut.

MODEL SCHRAMM (PENAFSIRAN MAKNA) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Bagi mengaplikasikan model ini dalam pengajaran dan pembelajaran, kita perlu memahami bahawa maklum balas daripada penerimaan maklumat itu penting bagi memastikan proses komunikasi itu berkesan atau pun tidak. Justeru, maklum balas atau tindak balas pelajar terhadap maklumat yang telah disampaikan perlu untuk dititik beratkan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Lantaran menyedari hakikat ini, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru sepanjang proses pengajaran berlangsung yang akan memperlihatkan wujudnya interaksi dan komunikasi dua hala iaitu guru dan pelajar masing-masing boleh mengambil peranan sebagai penyampai maklumat dan bukan sekadar menjadi penerima sahaja.

Kaedah pertama yang boleh diselaraskan seperti yang terdapat dalam Model Schramm ialah teknik soal jawab. Di peringkat awal guru perlu bertindak sebagai penyampai maklumat dengan menghuraikan idea yang cuba disampaikan dalam keadaan terbaik dan sesuai dengan pengalaman pelajar itu. Selepas selesai. Guru boleh melontarkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan apa yang telah disampaikan kepada pelajar dan melakukan penilaian terhadap apa yang telah difahami oleh mereka dan adakah pelajar itu berjaya menginterpretasikan maklumat yang disampaikan itu seperti mana yang diharapkan. Melalui teknik ini guru dapat menilai tahap keberkesanan penyampaian maklumat yang berlaku sama ada ia berkesan atau pun tidak.

Selain itu guru juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain seperti mengarahkan pelajar yang bertindak sebagai penerima maklumat itu supay berubah peranan sebagai penyampai maklumat iaitu memberi tugasan kepada pelajar dalam bentuk kumpulan dengan mengarahkan mereka untuk menghuraikan dan melakukan penerangan kepada kelas tentang tahap pemahaman mereka dalam menginterpretasikan maklumat dan ilmu yang telah disampaikan kepada mereka dalam bentuk pembentangan. Kaedah dan teknik sebegini juga membolehkan guru melakukan penilaian terhadap pemahaman pelajar setelah guru selesai menyampaikan maklumat lalu membuat rumusan sama ada komunikasi itu berkesan atau tidak, sesuai atau tidak dengan pengalaman dan perkembangan pelajar dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan maklum balas atau tindak balas antara guru dan pelajar berlaku dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu mempraktikkan beberapa perkara asas dan penting bagi memastikan keadaan kelas berada dalam keadaan terkawal dan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kondisi aktif bukan pasif. Justeru bagi memastikan keadaan kelas aktif dan terkawal teknik-teknik penyoalan, penggiliran, insiasi, pencungkilan, dan sebagainya. Malahan guru perlu untuk memastikan teknik yang cuba digunakan perlulah bersandarkan kepada pengalaman pelajar agar gangguan seperti percanggahan pentakrifan maklumat tidak berlaku dalam proses penyampain maklumat.

KESIMPULAN

Berdasarkan penghuraian dan kupasan yang telah dilakukan dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan model komunikasi banyak dikembangkan dengan penambahan elemen komunikasi yang akhirnya bertindak sebagai pemangkin kepada proses komunikasi yang lebih berkesan. Di samping itu , komunikasi yang wujud antara manusia bukan sahaja memntingkan kepada penyaluran maklumat atau mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain malah turut menitikberatkan unsur pengalaman, maklum balas, pengarauh budaya dan persekitaran dan sebaginya seperti mana yang telah digambarkan dalam Model Komunikasi Schramm. Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dilakukan melalui interaksi dan komunikasi yang berkesan maka setiap aspek yang telah diperincikan dalam model Schramm perlu untuk diberi perhatian yang menyeluruh oleh guru-guru bagi melakukan aktiviti pengajaran yang lebih berjaya dan sempurna. Tanpa persediaan yang lengkap tentang tahap pengalaman pelajar, penguasaan bahasa dan latar belakang pelajar, di samping memberi penekanan khusus terhadap peranan maklum balas pelajar maka pelbagai bentuk masalah terhadap penyampaian maklumat akan berlaku yang akhirnya akan menggagalkan proses komunikasi berkesan dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

DAFTAR RUJUK

1. Drs. Jalaluddin Rakhmat M. SC, Metode Penelitian Komunikasi : Dilengkapi Contoh Analisis Statistik. Bandung Pt Remaja Rosdakarya 1999.

2. Zulkifli Yusof, Sukarkah Komunikasi Anda ? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2000

3. Dr. Roselan Baki, Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia

4. A. Fanar Syukri Berita Sorotan Bulletin Buku Tamu : Rambu-rambu Berkomunikasi Tokyo, Ketua Divisi Publikasi ISTECS-Japan, Universiti Of Electo- Communications (UEC) afanars@fedu.uec.ac.jp 2003