Qaryafikir

perihal tentang perkongsian bijak

Rahsia Mengenal Diri Melalui Wajah Oktober 30, 2008

Difailkan di bawah: umum — qdetactive @ 3:50 pm

Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri anda melalui wajah anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul ia mungkin secara kebetulan..

DAHI

Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?
Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.

Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?
Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

TELINGA

Telinga anda jabing?
Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga anda runcing?
Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.

CUPING TELINGA

Kerut tegak di cuping telinga anda?
Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?
Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.

BULU KENING

Bulu kening anda bertemu di tengah?
Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?
Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.

MATA

Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.

HIDUNG

Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.

MULUT

Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.

GIGI

Berada ruangan di antara gigi depan anda?
Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?
Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.

DAGU

Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

TAHI LALAT

Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.

Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.

Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.

Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.

Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.

Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.

Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.

Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.

Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.


Merah
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.


Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.


Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.


Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .


Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat

 

RAHSIA MATA WANITA Oktober 29, 2008

Difailkan di bawah: umum — qdetactive @ 3:48 pm


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Mata juga mengungkap pelbagai makna….firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.  Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SIFAT MATA WANITA

SIKAP WANITA

Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang  pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan  kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan  syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta  perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata  lebar

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik

Mata jarang berkedip

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

 

Rahsia Lelaki dan Ragam Oktober 28, 2008

Difailkan di bawah: lelaki, umum — qdetactive @ 3:46 pm
Tags: , ,


Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai… Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap’ mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia…. kita. Kalau derita pun… kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!

Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.

 

Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran Oktober 27, 2008

Difailkan di bawah: umum — qdetactive @ 3:45 pm

Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia  saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok  bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara  satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan  lebih baik dan  serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda  berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan  banyak waktu untuk  hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.

 

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan Oktober 26, 2008

Difailkan di bawah: umum — qdetactive @ 3:43 pm

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

 

Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Hidung Oktober 25, 2008

Difailkan di bawah: umum — qdetactive @ 3:42 pm

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} @font-face {font-family:Verdana; panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:536871559 0 0 0 415 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-language:MS;} p {mso-style-unhide:no; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0in; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”,”serif”;}
Aduh!! Selepas ini hati-hati bila seseorang asyik memerhatikan hidung anda kerana mungkin dia sedang menafsirkan keperibadian anda melalui bentuk hidung!

Hidung agak besar
-mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak pemalas.

Hidung agak besar dan bulat
-mencerminkan dia seseorang yang  bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung agak besar bagian bawah
-mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik2 sahaja.

Hidung agak besar tapi mancung
-mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung agak besar tapi penyek
-mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung agak kecil
-mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.

Hidung agak sederhana
-mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan  suka menolong.

Hidung agak mancung agak runcing
-mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.

Hidung dengan lubang hidung agak lebar
-mencerminkan dia seorang  yang suka menginginkan milik orang lain.

Hidung dengan lubang hidung agak kecil
-mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

 

Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Gigi Oktober 24, 2008

Difailkan di bawah: ramalan, umum — qdetactive @ 3:41 pm


st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} @font-face {font-family:Verdana; panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:536871559 0 0 0 415 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} p {mso-style-unhide:no; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0in; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt;} @page Section1 {size:595.3pt 841.9pt; margin:70.85pt 70.85pt 70.85pt 70.85pt; mso-header-margin:35.4pt; mso-footer-margin:35.4pt; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”,”serif”;}
Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang.Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

 

Rahsia Hari Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk Oktober 23, 2008

Difailkan di bawah: ramalan, tajul muluk, umum — qdetactive @ 3:39 pm

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} @font-face {font-family:Verdana; panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:536871559 0 0 0 415 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-language:MS;} p {mso-style-unhide:no; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0in; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”,”serif”;}
Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,
teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak
tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya
tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain

 

RAHSIA DIRI PADA HARIBULAN DILAHIRKAN Oktober 22, 2008

Difailkan di bawah: umum — qdetactive @ 3:39 pm

  1. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam  soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang  terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
  2. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang  dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu  sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.
  3. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani  kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.
  4. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut  perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu  sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri  kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
  5. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh  memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung  kepada orang-orang yang kamu sayangi.
  6. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup  menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.  Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain  cinta.
  7. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap  kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan  kamu.  Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
  8. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi  pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya  nafsu semata-mata saja!
  9. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan  keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam  soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.
  10. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan  keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam  keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan  buah hati terasa diri terpinggir!
  11. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur  kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga  bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini  terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
  12. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.  Sekali kamu memberikan  komitmen, selamanya kamu akan setia.  Namun jangan tak tahu, ramai  yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
  13. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.  Sebab  itulah kamu disukai ramai.  Namun dalam masa yang sama, kamu sering  tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu  amat pandai menjaga perhubungan.
  14. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab  itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.  Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup  kamu!!
  15. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu  secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan  terus bertindak.  Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu  ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.
  16. Kamu ini seorang yang moody rupanya….Sekejap mood kamu okey dan  sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia  boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
  17. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri.  Namun sikat penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu  perasaan sebenar kamu.
  18. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi  soal perasaan dan cinta.  Kamu lebih suka memendam perasaan hingga  mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka  sukar untuk melafazkan kata sayang.
  19. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan  termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka  mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
  20. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab  itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta  itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
  21. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang  lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu.  Begitu juga si dia. Lebih baik  kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka  sebelum terlambat.
  22. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi  dan mempunyai impian hidup sendiri.  Dalam soal cinta, kamu akan  memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di  sampingnya.
  23. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi  kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping  teman-teman dan si dia.  Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius  dalam hidup.
  24. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta,  kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat  menggongkong si dia.
  25. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan  yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum  sejenis kamu.  Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
  26. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius  dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan  keseronokan saja!!!!
  27. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun  kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
  28. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman.  Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu  meminggirkan si dia tanpa disedari.
  29. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja  selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
  30. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan  si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
  31. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai  apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!

 

pengajaran me,mem,men dlm pendekatan struktural September 21, 2008

Difailkan di bawah: artikel, bahasa melayu, ilmiah, umum — qdetactive @ 9:20 am

Semenjak linguistik moden berkembang dari awal ke-20, semasa pengkajian bahasa mengutamakan bentuk-bentuk bahasa pertuturan daripada pemakaian yang betul dalam bahasa tulisan, maka tugas para pengkaji bahasa tertumpu secara khusus kepada kerja-kerja menghuraikan bahasa yakni tidak kepada menentukan norma-norma pemakaian yang ‘betul’. Pengkajian yang dilakukan dengan cara ini tentunya berasaskan fahaman bahawa bahasa yang kita gunakan sebagai alat perhubungan itu sebenarnya berupa binaan bentuk-bentuk dengan susunan yang betul iaitu sebagaimana yang dituturkan oleh penutur-penutur asli bahasa yang tertentu. Susunan bentuk-bentuk (seperti perkataan) yang merupakan unsur binaan untuk bentuk-bentuk yang lebih besar (seperti ayat) melahirkan konsep apa yang dinamakan ‘struktur’ pengucapan. Oleh kerana asas sesuatu penghuraian itu berupa struktur dan pola-pola, maka linguistik yang bertugas menghuraikan bahasa itu dinamakan linguistik struktural. Perkembangan terbaru ini telah banyak mempengaruhi ahli-ahli penyelidik bahasa, lalu sekumpulan pengkaji yang berfahaman bahawa bahasa itu merupakan struktur pengucapan sentiasa mempertahankan penemuan-penemuan baru dengan dasar penghuraian yang meneliti pola-pola bahasa, turut mempengaruhi bidang pengajaran bahasa pada keseluruhannya. Pendekatan yang menggunakan asas-asas yang ditubuhkan oleh linguistik huraian itu lebih dikenali dengan nama Pendekatan Struktural.

Pendekatan ini seberapa yang boleh mengikat guru-guru bahasa dengan usaha-usaha bagi melaksanakan kaedah-kaedah pengajarannya dengan teori umum linguistik moden yng telah diasaskan oleh ahli-ahli bahasa struktural seperti Bloomfield, Pike, C.C. Fries, Zellig Herris dan Gleason yang merupakan pengikut bapa lingustik moden Ferdinand De Seaussure itu dan jika di Malaysia kaedah pendekatan ini digunakan oleh Nik Safiah Karim. Teori yang berusaha menghuraikan gejala struktur sesuatu bahasa selanjutnya mempengaruhi pengajaran dengan pendekatan strukturalnya, iaitu satu kewujudan pendekatan baru setelah begitu lama para guru bahasa berkecimpung pengan pendekatan tradisional yang mempunyai dasar yang tidak begitu konsisten.

Sehubungan dengan ‘makna’ yang digunakan dalam pengajaran bahasa menurut pendekatan tradisional, pendekatan struktural mempercayai bahawa makna struktural dalam bahasa haruslah dibezakan dengan makna leksikal atau makna kamus sesuatu bentuk seperti perkataan atau sebagainya. Menurut pandangan aliran struktural ini, bahasa mempunyai bahasa leksis yang dibawakan oleh perkataan, manakala makna tatabahasa (atau makna struktural) dibawakan oleh sistemnya. Makna perkataan secara terpisah seperti budak – kucing – melihat membawa makna leksis yang tertentu seperti yang terhurai di dalam kamus, tetapi apabila perkataan-perkataan itu bergabung di dalam ayat – budak melihat kucing – atau kucing melihat budak – strukturnya menunjukkan satu makna tatabahasa yang lain pula iaitu Pelaku – Perbuatan – Tujuan atau Penderita.

Susunan perkataan menentukan siapa dia pelaku dan siapa dia penderita. Oleh itu, makna linguistik secara keseluruhannya mengandungi kedua-duanya: makna leksis tiap-tiap perkataan dan makna strukturalnya. Dengan pengertian ini, pendekatan struktural terlibat secara langsung dengan sistem bahasa pada keseluruhan. Itulah sebabnya, pengajaran tatabahasa dengan menggunakan pendekatan struktural sebaik-baiknya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengajar cara-cara penggunaan perkataan-perkataan dalam ayat-ayat yang dibawakan oleh struktur tertentu dengan pola-pola yang tertentu pula.

Menurut pandangan aliran struktural ini, bahasa mempunyai bahasa leksis yang dibawakan oleh perkataan, manakala makna tatabahasa (atau makna struktural) dibawakan oleh sistemnya.

Menurut pandangan aliran struktural ini, bahasa mempunyai bahasa leksis yang dibawakan oleh perkataan, manakala makna tatabahasa (atau makna struktural) dibawakan oleh sistemnya.

Pengertian alomorf <me->, <mem->, dan <men->.

Sebelum meneliti hal-hal yang berkaitan secara langsung dengan pengajaran imbuhan bahasa Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan imbuhan itu sendiri. Setelah mengetahui apa itu ‘imbuhan’, tarafnya dalam tatabahasa dan tingkahlakunya dalam hubungannya dengan bentuk perkataan, barulah difikirkan cara-cara mengajarnya di bilik darjah.

Dalam ilmu bahasa (linguistik), istilah morfem terikat digunakan untuk maksud ‘imbuhan’ dalam tatabahasa. Berdasarkan maksud morfem terikat itu, maka ‘imbuhan’ merupakan satuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna. Cara untuk menguji kandungan makna yang ada pada imbuhan itu bukanlah dapat dilihat daripada segi yang terhurai dalam sesebuah kamus. ini kerana imbuhan merupakan satu satuan yang terkecil yang tidak boleh berdiri dengan bebas sebagai perkataan. Oleh sebab itu, makna bagi imbuhan tidak dapat dilihat dalam kamus tetapi haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan tertentu yang hadir dalam ayat. Walaupun tidak dapat dilihat maknanya dalam bentuk huraian sebagai makna leksis (makna seperti yang terhurai dalam kamus), makna imbuhan lebih bersifat kenahuan. Maksudnya, makna imbuhan hanya dapat diketahui apabila ia terpakai melalui perkataan terbitannya dalam ayat.

Makna imbuhan bermaksud makna tatabahasa yang dibawakan oleh imbuhan-imbuhan tertentu melalui perkataan-perkataan terbitannya dalam ayat-ayat. Dengan makna tatabahasa imbuhan-imbuhan dimaksudkan makna yang berbeza dalam kesatuan tatabahasa dengan makna yang termaksud pada kesatuan tatabahasa yang lain dalam ayat. Secara ringkasnya, makna imbuhan ialah makna yang terbawa oleh imbuhan yang sama pada bentuk perkataan yang lain dalam ayat. Imbuhan juga lebih dikenali sebagai suatu bentuk morfem.

Pengwujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam erti kata yang lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf; misalnya, morfem awalan di- mempunyai satu alomorf, sedangkan me- mempunyai enam alomorf seperti me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-.

Pada dasarnya, alomorf terbahagi kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Alomorf lingkungan adalah alomorf yang didasarkan pada lingkungan-lingkungan tertentu, yakni lingkungan fonologi, lingkungan nahu atau lingkungan leksikal. Sifat alomorf lingkungan ialah saling mennyisihkan, yakni sesuatu alomorf lingkungan tidak dapat menggantikan yang lain.

Alomorf <me->, <mem->, <men-> termasuk dalam kumpulan alomorf lingkungan fonologi. Alomorf jenis ini merupakan alomorf yang wujudnya ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Misalnya: memutih, membaca, menjawab dan sebagainya.

Secara amnya, di dalam Pendekatan Struktural, makna bagi imbuhan tidak dapat dilihat dalam kamus tetapi haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan tertentu yang hadir dalam ayat.

Secara amnya, di dalam Pendekatan Struktural, makna bagi imbuhan tidak dapat dilihat dalam kamus tetapi haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan tertentu yang hadir dalam ayat.

<me->,<mem->, dan <men-> dalam Pendekatan Struktural

Ciri-ciri yang tersebut diatas dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama pada kata dasar. Alomorf <me-> menggugurkan fonem sebelum l, r, m, ng, ny, w. Berbeza pula dengan alomorf <mem-> kerana ia hadir sebelum p, b, f, dan v. Namun begitu p akan mengalami pengguguran dalam proses penambahan ini tetapi tidak bagi konsonan yang lain. Alomorf men- pula hadir sebelum konsonan t, d, c, s namun hanya menggugurkan kata yang bermula dengan fonem s dan t tetapi tidak kepada d, dan c. Contoh yang mudah ialah perkataan tulis dan dalam. Apabila ia mengalami proses penambahan imbuhan akan bertukar menjadi menulis dan mendalam.

alamorf

Hadir sebelum

pengguguran

<me->

L, R, M, N, NG, NY

-

<mem->

P, B, F, V

P

<men->

T, D, C, S

T, S

Akan tetapi terdapat juga kes-kes khas iaitu alomorf yang ditentukan oleh ciri-ciri nahu. Misalnya men- dalam mentertawakan, disini didapati t pada tertawakan tidak digugurkan sedangkan t pada perkataan menulis digugurkan kerana ter- adalah awalan, dan pengekalan t akan mempertahankan kedudukan ter- sebagai awalan. Demikian juga halnya p dalam memperkatakan di mana per- adalah awalan.

Pendekatan Struktural ini memberi keutamaan kepada bentuk penggunaan bukan pemakaian ayat tersebut. Contohnya:

(K.K.Khas) (Kata Sendi Nama) (K.K. Aktif Transitif) (K.N. Am)

Ali sedang memotong rumput

Ini bermakna Pendekatan Struktural ini melihat kepada konstituen atau hubungan di dalam sesuatu ayat. Menurut Leonard Bloomfield(1973), pendekatan ini lebih dikenali sebagai urutan taksonomi iaitu satu sistem yang berturutan, menekankan bentuk semantik dan menekankan penggunaan bentuk dari segi kejadian atau binaan. Setiap morfem mewujudkan bentuk yang berbeza. Sebagai contoh:

Saya / pergi ke sekolah

Predikat

Subjek

Kata Ganti Diri Pertama

Kata Kerja

Kata Sendi

Kata Nama

Dan melihat kepada konstituen atau hubungan di dalam sesuatu ayat. Contohnya:

Ali membawa alat muzik tradisional

Berdasarkan rajah pohon di atas, Bloomfield melihat struktural dari segi distribusi dalam penggunaan sintaksis dan melihat kepada bagaimana ayat itu dibentuk dan dibina. Seaussure pula menyatakan jika ingin mengajarkan pendekatan struktural ini harus lihat kepada persamaan atau perbezaan fungsi struktur tatabahasa dari segi gramatikal dan bukannya makna leksis atauun makna kamus. Contohnya:

1. budak melihat kucing. (betul)

2. kucing melihat budak. (salah)

jika melihat kepada makna leksis atau makna kamus kedua-dua ayat adalah betul, namun begitu dalam Pendekatan Struktural ayat kedua dikatakan salah disebabkan dari segi logikal.

Kesimpulan awal yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada keterangan diatas ialah alomorf me-, mem-, men- merupakan suatu gugusan awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang termasuk dalam suatu golongan kata iaitu kata kerja.

Pendekatan struktural dalam pengajaran nahu bahasa melayu.

Pengajaran aspek tertentu nahu seperti imbuhan, perkataan atau frasa perlu menggunakan bentuk dan maknanya sekali dalam ayat. Dalam para guru mengaplikasikan pendekatan struktural, mereka harus sedar bahawa bahasa mempunyai makna leksisnya yang tersendiri dibawa oleh perkataan, manakala makna tatabahasa (makna struktural) pula dibawa oleh sistemnya. Oleh itu, para guru yang peka harus menerapkan makna linguistik secara keseluruhannya dalam pengajaran tatabahasa yang mengandungi kedua-dua unsur atau elemen iaitu makna leksis pada tiap-tiap perkataan dan makna struktural.

Makna sesuatu unsur tatabahasa perlu ditunjukkan melalui pembinaan ayat, kerana ia adalah asas atau tunjang bagi murid-murid memahami pembelajaran tatabahasa dengan berkesan. Ayat pula menjadi asas untuk penggunaan semua unsur tatabahasa yang lebih kecil daripadanya. Berdasarkan pendekatan ini, guru harus memperkenalkan pengertian “ penerbitan” bagi sesuatu ayat.

Guru juga harus mempunyai pengetahuan untuk menggunakan rajah pohon (seperti yang di tunjukkan sebelum ini) dalam membina sesuatu ayat berasaskan imbuhan me-, mem-, dan men-. Ini adalah kerana hala tuju pengajaran tatabahasa dengan pendekatan struktural akan lebih jelas ditunjukkan kepada pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan pelajar secara tidak langsung akan dapat membezakan atau memecahkan struktur ayat kepada subjek dan predikat. Mereka juga mampu untuk menentukan golongan kata yang pada setiap perkataan dalam sesuatu ayat. Ini akan menyumbang kepada tahap pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar dalam mempelajari rumus tatabahasa.

Kaedah Pengajaran

Dalam menjalankan pengajaran di bilik darjah terdapat tiga kaedah pengajaran yang biasanya dijalankan oleh para guru iaitu kaedah deduktif, kaedah induktif, dan kaedah eklektik. Kaedah deduktif dan induktif ini tidak mempunyai banyak perbezaan. Sebagai jalan keluar, satu kaedah lain telah disarankan dengan menggabungkan unsur-unsur penting daripada kedua-dua kaedah iaitu kaedah deduktif dan kaedah induktif bagi menghasilkan suatu streategi kaedah pengajaran yang berkesan yang dikenali sebagai Kaedah Eklektik.

Kaedah ini mencantumkan kedua-dua unsur yang baik dalam pendekatan deduktif dan induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Guru bahasa boleh memulakan pengajarannya dengan memberi contoh-contoh berkenaan sesuatu unsur dan meminta contoh-contoh mengenai perkara yang sama daripada pelajar-pelajar. Selepas itu guru membimbing pelajar-pelajar untuk membuat pernyataan mengenai rumusan tatabahasa yang terlibat. Selepas itu, guru juga boleh meminta pelajar memulakan pengajarannya dengan memberi rumusan tatabahasa yang berkenaan. Kemudian pelajar diminta memberi penjelasan mengenai rumusan tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai.

Antara kelebihan pendekatan eklektik ialah:

i. Guru tidak terikat kepada satu kaedah pengajaran sahaja.

ii. Guru bebas menggunakan daya kreativitinya sendiri dalam mengajar.

iii. Latihan kefahaman misalnya, dapat dijalankan dengan diikuti oleh latihan bertutur , membaca dan menulis.

iv. Pelajar berpeluang berfikir terus di dalam bahasa yang dipelajari dan menggunakannya secara aktif. Kemahiran pasif (mengenai rumusan tatabahasa) dan aktif (penggunaan bahasa) dapat dijalankan serentak didalam satu pelajaran.

Untuk menjadikan kaedah yang digunakan berkesan guru perlu memilih dan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian agar isi pelajaran yang disampaikan difahami oleh murid tanpa halangan. Setiap kaedah yang dibincangkan memerlukan guru melaksanakan langkah-langkah yang tertentu bagi menyampaikan pengajarannya. Ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan bahan bantu mengajar digelar teknik pengajaran.

Walau pun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu tetapi dalam sesuatu pengajaran bahasa, guru sering menggabungkan beberapa teknik pengajaran bagi menghasilkan satu strategi pengajaran bahasa yang berkesan. Antara teknik-teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa ialah teknik simulasi, sumbangsaran, soal jawab, latih tubi, kuiz dan teknik permainan bahasa.

Maka dalam tugasan ini saya telah memilih kaedah eklektik dalam proses pengajaran imbuhan me-, mem-, dan men-, di bilik darjah.

Langkah-Langkah Pengajaran

Langkah 1:

Guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan yang terdiri daripada kata dasar yang mengandungi kata kerja sebagaimana yang telah dihuraikan pada bahagian yang terdahulu. Namun begitu, dalam sesi pengajaran guru mestilah menggunakan senarai ayat-ayat yang diberi atau ditulis di papan hitam sebagai asas titik-tolak. Ini kerana, senarai tersebut amat penting dijadikan bahan panduan yang penting semasa guru mengajar.

Selepas selesai guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan terbitanya dalam ayat-ayat yang telah disenaraikan itu, para pelajar seharusnya boleh mengetahui dan memahami fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- dalam menerbitkan kata yang baru setelah mengalami proses pengimbuhan pada golongan kata dasar iaitu kata kerja.

Disinilah kaedah eklektik diaplikasikan sepenuhnya. Guru boleh memilih untuk menggunakan atau memberi contoh-contoh yang bersesuaian kepada pelajar terlebih dahulu agar mudah bagi para pelajar nampak dengan jelas hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru boleh menerangkan tentang rumus tatabahasa berpandukan pendekatan struktural untuk mengelakkan berlakunya kesilapan semasa mengajarkan imbuhan me-, mem-, dan men-.

Teori pendekatan struktural hanya perlu diketahui oleh guru sahaja dan tidak perlu diajar kepada para pelajar secara mendalam. Guru hanya boleh memberi penerangan sahaja melalui contoh-contoh yang mudah serta bertepatan dengan pengajaran berasaskan pendekatan struktural.

Langkah 2:

Sebaik sahaja guru selesai menerangkan fungsi perkataan-perkataan terbitannya dalam tiap-tiap satu ayat yang diberi itu, guru sebaik-baiknya menerangkan pula makna tatabahasa yang dibawa oleh imbuhan me-, mem-, dan men- terhadap kata kerja dasar yang diimbuhkan dengannya itu. Contohnya dapat kita perhatikan dengan teliti di bawah:

IMBUHAN

KATA KERJA (KATA DASAR)

KATA TERBITAN

MAKNA

CONTOH AYAT

Me-

putih

memutih

Menjadi putih

Rambutnya sudah memutih.

Mem-

panjang

memanjang

Menjadi panjang

Perbualannya makin memanjang

Men-

kecut

mengecut

Menjadi kecut

Belon makin mengecut sedikit demi sedikit

Jadual: kehadiran imbuhan kepada kata dasar.

Langkah 3:

Bagi menguji kefahaman sama ada para pelajar telah memahami penggunaan perkataan-perkataan terbitan imbuhan me-, mem-, men-, dengan makna yang dibawa oleh perkataan-perkataan itu, maka latihan-latihan tertentu haruslah diberi sejurus selesainya proses pengajaran imbuhan tersebut dilakukan. Guru haruslah bijak menentukan waktu yang sesuai dalam memberikan latihan kepada para pelajar sama ada diberi pada akhir pembelajaran ataupun dalam pelajaran berikutnya. Oleh itu, sebagai seorang guru pengurusan masa adalah sangat penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang guru-guru boleh gunakan semasa pengajaran imbuhan meng-, menge-, dan meny- berdasarkan pendekatan struktural. Antaranya:

a) Teknik Simulasi

Guru boleh menggunakan teknik simulasi dengan menggunakan pendekatan struktural untuk mengajarkan imbuhan me-, mem-, men- kepada murid-murid. Teknik ini diklasifikasikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pada kebiasaannya, teknik ini memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan yang diberikan.

Dalam konteks ini, guru akan membahagikan murid-murid pada beberapa kumpulan kecil. Seterusnya, guru akan memberikan satu petikan pendek. Kemudian guru akan memastikan murid-murid mengenal pasti dan mencari perkataan yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men-. Guru akan meminta murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut selepas murid-murid dapat mengenal pasti perkataan-perkataan tersebut. Melalui teknik ini, murid-murid dapat berbincang dan membina ayat mengikut perkataan yang telah dikenal pasti tadi. Setelah itu, guru akan mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka. Dalam situasi ini, guru dapat menggabungjalinkan teknik perbincangan dalam teknik simulasi. Oleh hal yang demikian, guru dapat mengetahui kelemahan murid-murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-, men- semasa proses pembinaan ayat. Menerusi teknik ini, pelbagai kemahiran dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis serta kemahiran berfikir.

b) Teknik Sumbangsaran

Teknik lain yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa ini ialah teknik sumbangsaran. Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan antara guru dengan murid-murid dalam menyumbangkan pendapat mahupun idea. Melalui teknik ini, guru boleh menggunakan kad yang tertulis imbuhan me-, mem-, men- dan kata kerja seperti kata ‘tulis’ misalnya dalam salah satu kad yang dibuat oleh guru. Kemudian guru meminta murid-murid untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang tertulis pada kad tersebut di papan hitam. Dalam situasi ini, guru dapat mengenal pasti kesilapan murid-murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-, men- ketika membina ayat.

Teknik sumbangsaran mengandungi beberapa tujuan iaitu topik perbincangan haruslah bersesuaian dengan kebolehan dan minat murid-murid. Guru juga perlu menggunakan garis panduan yang ringkas dan jelas. Semua idea dan cadangan yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap murid diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan menyumbang seberapa banyak idea dalam membina ayat-ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men-. Namun begitu, guru harus memastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah berpatutan dan mencukupi. Cadangan dan idea yang diberikan tidak boleh dikritik tetapi guru boleh membetulkan kesilapan murid-murid dalam pembinaan ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men- .

c) Teknik Soal Jawab

Malahan, teknik soal jawab juga boleh digunakan dalam proses pengajaran tatabahasa. Teknik ini merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.

Sebelum itu, guru perlu menerangkan tentang isi pelajaran terlebih dahulu sebelum mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran. Sebagai contohnya, guru perlu menerangkan isi pelajaran seperti penggunaan imbuhan me-, mem-, men- dengan kata dasar sebagai kata kerja dengan lebih terperinci supaya murid-murid dapat memahami segala yang diterangkan oleh guru. Setelah itu, barulah guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran tersebut kepada murid-murid. Setelah itu, guru dapat mengetahui sama ada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan atau tidak dalam situasi bilik darjah itu. Tambahan pula, guru dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang.

Tujuan teknik tersebut adalah untuk mengesan pengetahuan berbahasa dalam kalangan murid-murid, menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kreatif serta untuk mendorong murid-murid menyusun dan menghuraikan bahan-bahan yang diajar oleh guru. Lantaran itu, guru haruslah menyediakan soalan yang terancang dan bermutu sesuai dengan tahap kognitif para pelajar agar dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

d) Teknik Latih Tubi

Malahan, teknik latih tubi juga boleh diguna pakai dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektrik, fonetik dan audio-lingual. Latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk kelaziman yang betul bagi menggunakan struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid-murid. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mencapai suatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan tersebut.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu pertama ialah sebutan. Guru meminta murid-murid menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Aspek yang kedua ialah tatabahasa. Penggunaan bahasa yang tepat sangat dititikberatkan mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Aspek yang ketiga ialah perbendaharaan kata. Guru berhara murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata dengan menggunakan imbuhan me-, mem-, men- yang sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu. Keempat ialah kefasihan. Guru dikehendaki meminta murid-murid menggunakan perkataan dengan cara spontan tanpa memikirkan maksud perkataan tersebut. Aspek yang kelima ialah kefahaman. Guru akan memberikan murid-murid latihan supaya mereka dapat memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Latihan yang diberikan oleh guru merangkumi prospek penggunaan imbuhan dalam me-, mem-, men- dalam ayat.

e) Teknik Kloz

Guru boleh menggunakan teknik kloz iaitu salah satu latihan yang berbentuk mengisi tempat kosong. Teknik ini sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid dalam mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkatan yang berimbuhan me-, mem-, dan men-. Ia juga merupakan suatu cara yang mudah untuk dipraktikan oleh pelajar tidak kira sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ataupun di rumah sebagai suatu pengukuhan untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar.

f) Teknik Kuiz

Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teknik kuiz dalam pengajaran tatabahasa. Mengikut catatan sejarah, teknik ini diperkenalkan pada tahun 1940, di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun, teknik ini boleh diguna pakai atau diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Tujuan teknik ini ialah supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan kefahaman murid-murid mengenai topik-topik tertentu. Murid-murid juga boleh mengulangkaji sambil bergembira tanpa rasa sebarang tekanan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan. Secara tidak langsung, pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Lantaran itu, murid-murid dapat belajar teknik berfikir yang baru dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.

Teknik ini juga dapat membantu murid-murid memahami sistem bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Hal ini bermakna, kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Teknik ini juga merangkumi aktiviti pertandingan yang dilakukan dalam bilik darjah. Misalnya, guru menggunakan pendekatan pertandingan seperti peraduan teka silang kata. Guru perlu bijak menyesuaikan teknik tersebut selaras dengan objektif pengajaran tatabahasa terutamanya dalam pengajaran imbuhan me-, mem-, men- . Setiap klu yang diberikan mesti menggambarkan jawapan yang merangkumi perkataan berimbuhan sama ada me-, mem-, men- . Justeru, guru perlu membahagikan murid-murid kepada dua atau tiga kumpulan besar untuk melaksanakan teknik tersebut agar mencapai objektif pengajaran.

g) Teknik Permainan Bahasa

Di samping itu, teknik permainan bahasa juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif kerana aktiviti ini dianggap amat penting dalam membentuk kecekapan berinteraksi ataupun kecekapan berkomunikasi seseorang murid. Menerusi teknik ini, murid-murid dapat mempelajari bahasa selari dengan proses pembelajaran bahasa secara semulajadi. Walau bagaimanapun, untuk memastikan kejayaan teknik ini murid-murid perlu kreatif dalam penggunaan bahasa kerana mereka perlu menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan apabila bercakap atau menulis supaya maksud yang hendak disampaikan boleh difahami. Penglibatan dalam permainan tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid-murid. Antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa serta mengembangkan kebolehan mereka menerusi kemahiran tersebut. Hala tuju pengajaran ini dapat diinterpretasikan dengan jelas melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu dapat merangsang interaksi verbal, menambah kefasihan dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid. Malahan, guru dapat menyediakan konteks pembelajaran dalam situasi yang berbeza untuk menarik minat murid-murid terhadap sesuatu topik yang ingin diajarkan. Teknik ini juga bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan serta penggayaan dalam pengajaran tatabahasa khususnya.

Antara contoh teknik permainan bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa ialah lakonan. Melalui konteks ini, guru perlu menyediakan beberapa patah kata berimbuhan me-, mem-, atau men- yang ditulis di atas kertas yang berasingan. Kemudian, kertas tersebut digulungkan dan diisi dalam sebuah kotak. Setelah itu, guru meminta seorang murid untuk mencabut undian lalu melakonkan perbuatan yang tertulis dalam kertas tersebut tanpa mengungkapkan perkataan itu. Sementara itu, murid-murid yang lain boleh meneka aksi yang dilakonkan oleh murid tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih atau menyesuaikan murid-murid dengan penggunaan imbuhan me-, mem-, dan men-.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada keterangan diatas ialah alomorf me-, mem-, men- merupakan suatu gugusan awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang termasuk dalam suatu golongan kata iaitu kata kerja.

Jika dibuat perbedaan antara Pendekatan Struktural dengan Pendekatan yang lain, Pendekatan Struktural lebih kepada analisis struktur fonologi, morfologi dan sintaksis. Berbanding dengan Pendekatan Tradisional yang lebih kepada dasar makna dan huraian yang lebih bersifat subjektif untuk menentukan hukum-hukum tatabahasa.

Secara realitinya, teknik-teknik yang dikemukakan di atas secara tidak langsung dapat menyediakan persekitaran baru dalam sistem pendidikan di negara kita yang lebih menarik dan efektif. Namun begitu, setiap teknik yang digunakan perlulah seiring dengan objektif pengajaran agar ia mencapai objektif secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.